Cara Main
Selamat datang ke kampung! Panduan ni untuk kamu yang baru mula. Tak perlu muat turun apa-apa. Buka kampung1998.my di telefon atau komputer, dan terus main.
- Kenal skrin permainan
- Bergerak
- Bercakap dengan orang kampung
- Misi Budak Baru
- Syiling dan pangkat
- Menu βοΈ
- Peta kampung
- Main dengan kawan
- Log masuk dan pasang ke telefon
1. Kenal skrin permainan

- Kiri atas: nama kamu, pangkat dan πͺ syiling. Tekan kad ni untuk buka Profil.
- Bawah kad: misi seterusnya, dengan anak panah dan jarak ke tempat misi.
- Kanan atas: π¬ sembang dan βοΈ menu. Di bawahnya ada peta kecil. Titik merah ialah kamu.
2. Bergerak
π» Komputer
- W A S D atau anak panah untuk berjalan.
- Space untuk lompat.
- E untuk bercakap atau guna sesuatu.
- B naik dan turun basikal (bila dah beli).
- M buka peta.
- Seret tetikus untuk pusing kamera, roda untuk zum. Klik dua kali untuk kamera ke belakang semula.
π± Telefon

- Tolak bulatan di kiri bawah untuk berjalan.
- Butang oren besar di kanan bawah untuk lompat. Butang hijau di atasnya untuk basikal.
- Seret skrin untuk pusing kamera, cubit dua jari untuk zum. Ketuk dua kali untuk kamera ke belakang.
3. Bercakap dengan orang kampung
Pergi dekat orang, gerai atau permainan. Bila butang oren keluar di bawah skrin, tekan E (komputer) atau ketuk butang tu (telefon).

Orang kampung boleh diajak sembang. Pilih soalan yang disediakan, atau taip soalan kamu sendiri. Tanya pasal zaman dulu, ikan, pokok, lembu, apa saja!

π‘ Nampak butang Kenali dekat haiwan atau pokok? Tekan untuk belajar pasal benda tu. Semua yang kamu kenali masuk ke π Buku Rimba.
4. Misi Budak Baru
Tak tahu nak buat apa dulu? Ikut misi. Misi seterusnya sentiasa ada di kiri atas, dengan anak panah ke arah tempatnya. Tekan untuk tengok senarai penuh.

Setiap misi beri syiling. Siapkan semua untuk dapat bonus besar. Tekan βΉ di sebelah misi untuk kecilkan dia kalau skrin rasa sempit.
5. Syiling dan pangkat
- Dapat πͺ syiling dengan main permainan, memancing, petik buah, kerja sawah dan siapkan misi.
- Belanja syiling di Warung Mak Jah, Kedai Basikal, dan lain-lain.
- Makin banyak syiling, makin tinggi pangkat kamu: π± Budak Baru β π‘ Anak Kampung (50) β π₯ Jaguh Kampung (200) β π₯ Wira Kampung (500) β π Legenda 1998 (1000).
6. Menu βοΈ
Tekan βοΈ di kanan atas untuk buka semua menu.

- πΊοΈ Peta
- Peta penuh kampung.
- π Watak
- Tukar baju, rambut dan rupa watak kamu.
- π― Permainan
- Semua permainan tradisional: guli, congkak, gasing, dam aji, catur dan banyak lagi.
- π Multiplayer
- Pilih bilik kampung untuk main bersama orang lain.
- π₯ Kawan
- Tambah kawan dan hantar mesej.
- ποΈ Kedai
- Baju tradisional dan barang kosmetik.
- π£ Pancing
- Joran dan hasil pancingan kamu.
- π§ Warung
- Makanan dan minuman yang kamu beli.
- π§Ί Bakul
- Barang yang kamu kutip, macam buah dan sayur.
- π³ Buku Resepi
- Resepi yang boleh dimasak di Dapur Kampung.
- π² Basikal
- Basikal kamu.
- π Buku Rimba
- Haiwan dan pokok yang kamu dah kenali.
- π Album Kad Tepuk
- Koleksi kad tepuk kamu.
- π Rapot
- Kad laporan sekolah.
- πΎ Kerja Sawah
- Kerja padi di sawah bersama orang kampung.
- β Cara Main
- Panduan ringkas dalam permainan.
- βΉοΈ Tentang
- Panduan ni, Tentang Kami, Bantuan, Terma dan Privasi.
- π₯ / π· Kamera
- Kamera ikut belakang, atau kamera bebas.
- π² Pasang
- Pasang permainan ke skrin utama telefon.
7. Peta kampung
Tekan peta kecil di kanan atas, tekan M, atau buka πΊοΈ Peta dari menu. Seret untuk gerak, cubit atau roda untuk zum. Tekan mana-mana tempat untuk tengok berapa jauh.

8. Main dengan kawan
- Semua orang dalam bilik yang sama nampak satu sama lain dalam kampung. Bilangan orang dalam talian ada di sebelah syiling kamu.
- Tekan π¬ untuk sembang dengan semua orang dalam bilik.
- Banyak permainan (guli, congkak, catur, kad tepuk, galah panjang, bola) boleh dimain bersama kawan.
- Jaga adab. Jangan kongsi nombor telefon, alamat atau kata laluan dengan sesiapa.
9. Log masuk dan pasang ke telefon
- Tanpa log masuk pun boleh main. Tapi log masuk supaya syiling, baju dan barang kamu disimpan dan boleh dibawa ke telefon lain. Tekan kad nama di kiri atas.
- Nak buka laju macam aplikasi? Buka βοΈ Menu β π² Pasang.

Panduan ni sentiasa ada di βοΈ Menu β βΉοΈ Tentang. Masih tersekat? Tengok Bantuan atau emel [email protected].